Thank to visit our blog..SELAMAT DATANG KE BLOG PENGURUSAN PERNIAGAAN KVDLM..

FORMAT PENULISAN MINIT MESYUARAT



Contoh Minit Mesyuarat.
 
Pengenalan

1. Minit adalah satu rekod yang bertulis mengenai perkara-perkara yang dibincangkan dalam
sesuatu mesyuarat.

2. Jika tiada catatan, segala perbincangan tidak akan ada tindakan susulan.

Komponen Minit Mesyuarat

1. Aluan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyuaratdan Pindaan

3. Perkara-Perkara Berbangkit

4. Pembentangan Kertas Kerja atau Mengemukakan Laporan

5. Hal-Hal Lain

6. Penangguhan

Format Minit

1. Format minit disusun mengikut agenda mesyuarat.

2. Catatan nama ahli mesyuarat disusun mengikut kekananan ahli yang hadir.

3. Minit mesyuarat direkodkan secara tepat, jelas dan padat.

4. Catatan setiap perkara yang dibincangkan hendaklah menunjukkan sama ada Tindakan atau
Makluman sahaja.

5. Nama penyedia minit , penyemak dan Pengerusi atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk mengesahkan dicatat.

6. Tarikh minit disediakan.

Pengesahan Maklumbalas/Pelaksanaan Keputusan Mesyuarat.

1. Pihak yang telah diberi tanggungjawab melaksanakan sesuatu keputusan mesyuarat
hendaklah memberi maklumbalas kepadaurusetia mesyuarat.

2. Urusetia hendaklah membuat ringkasan dan penganalisaan terhadap maklumbalas yang
diterima.

3. Catatan nama ahli mesyuarat disusun mengikut kekananan ahli yang hadir.

4. Minit mesyuarat direkodkan secara tepat, jelas dan padat.

5. Catatan setiap perkara yang dibincangkan hendaklah menunjukkan sama ada Tindakan
atau Makluman sahaja.


No comments:

Post a Comment